Friday 28 November 2008

MAJLIS SEMBAHYANG BERJEMAAH & SOLAT HAJAT UNTUK FAMILY YANG BERADA DI TANAH SUCI

Khamis - Pada 27hb November 2008, satu majlis sembahyang berjemaah Maghrib dan Isya' beserta solat hajat telah diadakan di kediaman rumah Hj Jumat yang bertempat di Kampong Batong. Solat Maghrib telah di imamkan oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Fauzan Bin Haji Jumat.


Selang selepas itu,bacaan surah Yaasin beserta doa telah dikepalai oleh salah seorang Mahasiswa dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Sultan (KUPUSBS) dan seterusnya mengimamkan solat fardhu Isya dan solat hajat berjemaah.


Antara yang hadir ialah sanak saudara,sahabat handai yang jauh mahupun dekat. Majlis tidak lupa mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli keluarga yang berkesudian bagi sama-sama memanjatkan doa kepada ahli keluarga yang berada di tanah suci pada ketika ini semoga sentiasa didalam keadaan sihat walafiat dan seterusnya dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dan selamat,dan sentiasa didalam perlindungan Allah Subhanahu Wataala jua..Aminn..



Berikut adalah antara gambar-gambar yang diambil pada majlis malam itu.


(harap maaf..kualiti gambar tidak memuaskan)

No comments: